No posts.
No posts.

OBJEKTIF

OBJEKTIF UTAMA KOKURIKULUM ADALAH UNTUK MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA. ANTARA MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
1. MENYEMAI KESEDARAN MURID TERHADAP AGAMA DAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. MENYEIMBANGKAN PERKEMBANGAN MENTAL DAN PERKEMBANGAN ROHANI, JASMANI DAN EMOSI SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
3. MENGUKUHKAN PERHUBUNGAN DAN PERGAULAN DALAM KALANGAN MURID DI DALAM SEKOLAH DAN ANTARA SEKOLAH.
4. MEMBINA DAN MENINGKATKAN MINAT DAN BAKAT MURID DALAM AKTIVITI YANG DICEBURI KE ARAH KEMAJUAN DIRI SEPANJANG HAYAT
5. MEMBINA DAN MENINGKATKAN DISIPLIN MURID.
6. MEWUJUDKAN BUDAYA SEKOLAH YANG MENARIK DAN MENGGEMBIRAKAN.
7. MEMBINA DAN MENINGKATKAN KERJASAMA DAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT.
8. MEWUJUDKAN SEKOLAH BERWATAK.

DASAR –DASAR KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan